21 Ogos 2009

Perintah Am Bab C: Cuti

PERINTAH-PERINTAH AM BAB C : CUTI

PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalarn Perlembagaan.
[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Januari, 1974]

1. Dalam bab ini:

Tafsiran.
(i)"Cuti" bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;

(ii)"Cuti rehat" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember;

(iii)"Cuti sakit" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh;

(iv) "Ketua Jabatan" bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan;

(v) "Kuasa Tertentu" bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan;

(vi)"Pegawai Bersama Negeri" bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan Persekutuan dalam Negeri yang berkenaan;

(vii)"Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan" bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaan Negeri;

(viii)"Pegawai Persekutuan" bermakna pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan;

(ix) "Perkhidmatan yang melayakkan" bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar;

(x) "Seanak saudara" bermakna adek beradek, ibu bapa dan lain- lain saudara mara yang rapat kepada pegawai;

(xi) "Sijil Sakit" bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.

Dasar cuti rehat
2. (a) Adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan, seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawah jagaannya.

Kehenaran Ketua Jabatan bercuti diluar Malaysia.
(b) Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan.


I. KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUS CUTI

Kelas pegawai.
3. (a) Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawai-pegawai, mereka adalah dibahagikan seperti berikut:

Kelas A ... Pegawai-pegawai yang lain daripada pegawai-pegawai yang disebutkan dalam Kelas B.
Kelas B ... Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut-

(i) Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 48; dan
(ii) Pegawai-pegawai Penjara seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 58.

Pegawai Kontrek
(b) Pegawai-pegawai dalam kontrek akan berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat dalam kontrek mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam kontrek mereka, pegawai-pegawai kontrek boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan.

KuasamelulusKuasaTertentu(5).
4. Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai, Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa melulus cuti yang lain seperti yang dinyatakan diruangan dua:

Pegawai Memohon Cuti :
-Pegawai-pegawai Persekutuan dan pegawai-pegawai dalam perjawatan Persekutuan yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan.
Kuasa Melulus:
-Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pegawai mohon cuti:
-Pegawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri.

Kuasa melulus:
-Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dengan syarat bahawa pandangan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dipertimbangkan).
Pegawai mohon cuti:
-Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri
Kuasa melulus:
-Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pegawai bercuti:
-Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan.
Kuasa melulus:
-Setiausaha Kerajaan Negeri (dengan syarat pandangan Ketua Jabatan Persekutuan telah di pertimbangkan).

Kuasa Melulus Ketua Jabatan
5. (a) Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan yang dimaksudkan adalah sebagai berikut :

Pegawai Memohon Cuti
-Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawai-pegawai yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan (baik pegawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan atau pegawai Bersama Negeri).
Kuasa Melulus:
-Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawai-pegawai di bawah kuasa mereka.

Pegawai memohon cuti
-Pegawai-pegawai dalam per-jawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri.
Pegawai melulus :
-Ketua Jabatan Negeri.

Ketua pejabat dsb., boleh beri cuti (6).
(b) Bagi maksud (a) (1) dan (2) di atas, istilah "Ketua Jabatan" akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan pegawai di stesyennya.

Ketua jabatan memohon cuti
(c) Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan sendiri, maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya. Seseorang Ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.

BAHAGIAN SATU : KELAS A

II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

Jenis cuti kerana perkhidmatan
6. Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakan:
(i) cuti rehat;
(ii) cuti separuh gaji;
(iii) cuti tanpa gaji.

CUTI REHAT
7. Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan dalam hal-hal pengumpulan cuti rehat luar biasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu.

Kadar cuti rehat
8. (a) Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai itu berkelayakan adalah mengikut maksima tanggagaji dan lama perkhidmatan seperti berikut:

CUTI DALAM SETAHUN
Maksima Tanggagaji ........Di bawah 10 tahun perkhidmatan ....... Lebih 10 tahun perkhidmatan
Melebihi $1,250 sebulan ------------25 hari ------------------------------- 30 hari
Melebihi $600 - $1,250 sebulan ---- 20 hari ------------------------------- 25 hari
Melebihi $250 - $600 sebulan ------ 15 hari ------------------------------- 20 hari
Di bawah $250 sebulan ------------- 12 hari ------------------------------- 15 hari

Naik tangga-gaji / lebih10 tahunkhidmat.(9).
(b) Apabila seseorang pegawai dilantik atau dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang mempunyai tanggagaji yang lebih tinggi maksimanya, dan dengan itu mengubahkan hak cutinya mengikut kadar di (a) maka semua tempoh yang ia telah berkhidmat di atas tanggagaji yang rendah maksimanya dalam tahun itu akan dianggap sebagai perkhidmatan dalam tanggagaji yang bermaksima tinggi itu. Perkiraan yang sama hendaklah juga dibuat bagi tahun yang seseorang pegawai itu genap sepuloh tahun perkhidmatan yang pertama.

Mingguan tak masuk kira.(8).
(c) Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat bila jatuh dalam satu tempoh yang seseorang pegawai itu sedang bercuti rehat.

Cuti rehat tiada genap setahun perkhidmatan.(10).
9. (a) Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakan tidak genap satu tahun (umpamanya pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja di tengah tahun atau dia mengambil cuti yang tidak melayakan mendapat cuti rehat seperti cuti tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakan itu sahaia, dikira ke setengah hari yang berhampiran.

Pegawai akan berhenti kerja.
(b) Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tidak akan berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan yang melayakan sebelum tarikh akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan itu.

Pegawai akan bersara.
10. Seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan Perintah Am ini, cuti rehat yang sesearang pegawai itu boleh mengambil hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu.

Membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil.
11. Seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan membawa ke tahun hadapannya apa-apa baki cuti rehat yang diperolehi dalam tahun itu sahaja. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa kehadapan itu, tidak boleh dibawa lagi ke tahun yang berikutannya pula melainkan dalam keadaan seperti di Perintah Am 10.

12. (a) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut.

Bila pengumpulanbermula.
(b) Pengumpulan luarbiasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi.

Cuti luput bila tidak diambil.
(c) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga.

Cuti separuh gaji sebab kesihatan sahaja
13. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai-pegawai atas hal-hal yang berikut sahaja:
(i) sebab-sebab kesihatan pegawai itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F); dan
(ii) sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada pegawai itu.

Kadar cuti:
(b) Kadar cuti separuh gaji yang boleh di luluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.

Bersalin tiada cuti separuh gaji
(c) Cuti separuh gaji tidak boIeh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin.

(d) Walau apa pun perbekalan di (a) di atas seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab seperti di (a) (ii).

CUTI TANPA GAJI

Ketua jabatan boleh luluskan cuti tanpa gaji
14. (a) Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. Pemberian cuti tanpa gaji hendaklah mengikut peraturan-peraturan seperti di (b) atau (c).

Urusan sendiri di dalam malaysia
(b) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan bila pegawai itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.

Urusan sendiri di luar Malaysia
(c) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia diluluskan bila pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada 4 tahun dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama itu.

Cuti dalam kenyataan perkhidmatan
(d) Cuti tanpa gaji hendaklah dicatitkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan bukan dalam catitan cuti sahaja.

Tanpa gaji bagi tempoh tidak hadir tanpa cuti
14A.
(a) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu;

(b) Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah perenggan (a) kepada Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tak hadir bekerja itu;
(c) Peruntukan-peruntukan Perintah Am ini adalah tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan perenggan 5 dan 6 Peraturan 22 Bab "D" Perintah-perintah Am.

III. CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit.
15. Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalarn Perintah Am 1 (xi). Ketua Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan.
16. Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah sebagai berikut:
(i) Cuti sakit.
(ii) Cuti sakit lanjutan.
(iii) Cuti pemulihan dan cuti kerantina.
(iv) Cuti bersalin.
(v) Cuti kecederaan.
(vi) Cuti tibi, kusta dan barah

CUTI SAKIT

Maksima.cuti sakit.(17).
17. (a) Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit.

Boleh guna cuti rehat.
(b) Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan cuti-cuti di (a), maka Ketua Jabatannya boleh memberi dia apa-apa cuti rehat yang masih ada lagi untuknya.
(c) Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah di habiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.
(d) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di (a) dan (b), tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

Cuti sakitlebih 45 harisetahun.
18. Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melapurkan dirinya sakit lagi atau tidak.

Sakit semasa bercuti rehat di Malaysia.(26).
19. Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia akan berkelayakan mendapat cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan oleh Ketua Jabatannya.

Sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia
20. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia tidak berkelayakan mendapat cuti sakit. Tetapi sekiranya dia jatuh sakit pada tarikh yang ia patut balik ke Malaysia atau sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh tersebut, dia boleh diberi cuti sakit dari tarikh ia patut balik itu hingga ke tarikh ia memegang jawatan semula, dengan syarat peraturan-peraturan di (b) dipatuhi sepenuhnya.

(b) Syarat-syarat permberian cuti sakit di (a) ialah:
(i) pegawai itu dimasukkan ke hospital;
(ii) permohonannya disokong oleh satu sijil atau sijil-sijil dari seorang pegawai perubatan Kerajaan negeri yang berkenaan menyatakan jenis sakit dan tarikh ia masuk hospital dan tarikh dijangka ia akan keluar hospital; dan
(iii) ia mengambil peluang balik ke Malaysia seelok-elok sahaja dia sihat.
Untuk tujuan Perintah Am ini seseorang pegawai itu dianggap tidak sihat untuk membuat perjalanan jauh dalam masa 7 hari selepas dikeluarkan dari hospital.

(c) Peraturan-peraturan di (b) tidak boleh dikendurkan dan cuti sakit lanjutan di bawah Perintah Am 22 (a) tidak boleh diberi melainkan dengan persetujuan Kuasa Tertentu mengikut kes tiap-tiap hal itu. Jika Kuasa Tertentu meluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji kepada seseorang pegawai yang sedang bercuti di luar Malaysia maka elaun bantuan seperti di Perintah Am 22 (b) tidak boleh dibayar kepadanya.

Sakit semasa cuti separuh gaji/ tanpa gaji
21. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di Malaysia atau pun di luar Malaysia tidak akan berkelayakan mendapai cuti sakit.

(b) Tetapi sekiranya dia bercuti itu di luar Malaysia dan oleh kerana telah jatuh sakit itu dia tidak dapat balik ke Malaysia pada tarikh yang ia patut balik, maka dia boleh diberi cuti sakit selepas tamatnya tempoh cuti separuh gaji atau tanpa gaji itu dengan syarat peraturan-peraturan di Perintah Am 20 (b) dipatuhi.

CUTI SAKIT LANJUTAN

Masa rehat tidak lebih 3 bulan
22. (a) Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya, dan pada pandangan Lembaga tersebut ia memerlukan masa berehat, maka Lembaga bolehlah mengesyorkan ia di beri satu tempoh bercuti yang tidak melebihi 3 bulan. Untuk tujuan ini Ketua Jabatan bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit mengikut Perintah Am 17 atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. Sekiranya semua cuti-cuti ini telah habis, ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 13 atau pun cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am 14 jika cuti separuh gajinya pula telah habis.

Elaun bantuan semasa cuti sakit lanjutan tanpa gaji
(b) Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji seperti di kes (a) di atas boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu.

(c) Seseorang pegawai yang telah diberi masa berehat seperti di (a) akan dikehendaki mengemukakan dirinya, untuk pemeriksaan Lembaga Perubatan sekali lagi di akhir masa berehat itu. Lembaga Perubatan boleh mengesyorkan pada pemeriksaan tersebut atau kemudiannya lagi sambungan masa berehat atau membuat perakuan mengesyorkan persaraan pegawai tersebut.

CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KERANTINA

Cuti pemulihan.(23).
23. Seseorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya, tetapi pada pandangan sebuah Lembaga Perubatan adalah lebih munafaat untuk dia berehat buat satu jangka waktu yang diperakukan, maka Kuasa Tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti separuh gaji yang ia berkelayakan di bawah Perintah Am 13 atau cuti tanpa gaji di bawah Perintah Am 14 dengan peruntukkan Perintah Am 22 (b) dipanjangkan kepadanya.

Cuti kerantina.(30A).
24. (a) Apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri di tahan dimana-mana stesyen kerantina oleh pehak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapanganterbang kerana disebabkan oleh perjalananya melalui sesebuah pelabuhan atau lapanganterbang atau di dalam sebuah kapal atau kapalterbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan.

(b) Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai itu disyaki atau didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai cuti sakit bergaji penuh.

Kerantina di rumah pegawai.
(c) Sekiranya seseorang pegawai itu dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana berlakunya wabak penyakit merebak di rumahnya, maka ia hendaklah diberi cuti seperti di (a) bagi masa yang ia dikehendaki oleh kuasa kesihatan tinggal di rumah itu.

CUTI BERSALIN

Cuti bersalin maksima 42hari. (29).
25. Cuti bersalin adalah cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pegawai-pegawai perempuan untuk bersedia bagi dan pulih dari bersalin. Cuti bersalin boleh diberi sebanyak 42 hari dan tarikh bermulanya cuti bersalin adalah terpulang kepada penetapan yang dibuat oleh pegawai perubatan. Sebarang cuti yang melebihi 42 hari akan dianggap sebagai cuti sakit mengikut Perintah Am 17.

Cuti bersalin 3 kali sahaja.
26. Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak tiga kali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai perempuan. Bagi persalinan yang keempat dan seterusnya, pegawai itu hanya boleh diberi cuti rehatnya, dan jikalau cuti rehatnya sudah habis atau tida mencukupi, dia boleh diberi cuti tanpa gaji bagi masa pemulihannya itu. Bagi sakit yang melebihi tempoh pemulihan biasa selama 42 hari itu, maka ia boleh diberi cuti sakit atau lain-lain cuti atas sebab perubatan seperti biasa.

CUTI KECEDERAAN

Cuti kecederaan.(30).
27. Seseorang pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas-tugasnya boleh diberi cuti sakit yang ia berhak di bawah Perintah Am 17. Sekiranya cuti sakit ini telah habis ia boleh diberi cuti kecederaan sebagai cuti sakit tambahan yang bergaji penuh sehingga ke satu masa yang ia akan pulih semula, atau sekiranya ia tiada pulih semula, ke tarikh yang ia akan disarakan dari perkhidmatannya.

Kuasa tertentu meluluskancutikecederaan.(30).
28. Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu, melainkan dalam kes di Perintah Am 29, setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah Lembaga Perubatan yang membuat perakuan-perakuan bahawa pegawai itu mempunyai harapan untuk sembuh semula dan keuzuran yang sedang ditanggungnya itu adalah hal dari kecederaan yang menimpanya semasa bertugas itu.

Cuti kecederaan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja.(82).
29. (a) Seseorang pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti kecederaan oleh Ketua Jabatan kerana kecederaan yang dialami bagi satu tempoh yang diperlukan untuk sembuh tetapi tidak melebihi 90 hari. Sebarang cuti yang telah diberi kerana kecederaan ini tidak akan mengurangkan hak bercuti pegawai kerana sebab-sebab perubatan yang lain.

(b) Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti kecederaan di bawah Perintah Am ini akan dianggap sebagai bayaran berkala yang dibekalkan di bawah Ordinan tersebut. Sekiranya mengikut perbekalan Ordinan tersebut, Kerajaan akan kelak terpaksa membayar saguhati secara pukal kepada pegawai tersebut maka segala bayaran sebagai gaji penuh yang telah dibuat kepadanya tidak boleh dipotong daripada jumlah saguhati tersebut.

(c) Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedah-faedah biasa di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja tersebut.

CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

Rawatan percuma bagi tibi, kusta dan barah.(31).
30. Seseorang pegawai yang, disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan , seperti yang diperbekalkan dalam Perintah-perintah Am, Bab F.

Cuti tibi, kusta dan barah
31. (a) Dia juga boleh diberi cuti berikut, satu demi satu dengan syarat ia menerima rawatan di hospital terus menerus semasa sakitnya itu, iaitu:
(i) cuti sakit yang tidak melebehi 12 bulan dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana lain-lain penyakit;
(ii) semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat pada tarikh cuti sakitnya bermula;
(iii) cuti separuh gaji yang tidak melebihi 6 bulan, tidak kira samada pegawai itu berkelayakan atau tidak di bawah Perintah Am 13; dan
(iv) cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b).

Cuti-cuti di atas boleh juga diberi jikalau seseorang pegawai itu berubat di yayasan bukan Kerajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Kuasa Tertentu tetapi pegawai itu terpaksalah membayar sendiri segala perbelanjaan rawatan yang dikenakan oleh yayasan tersebut.

Kuasa melulus cuti
(b) Cuti di (i) dan (ii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Cuti di (iii) dan (iv) hanya akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu setelah menimbangkan perakuan seorang pegawai perubatan yang menyatakan ada harapan untuk pegawai itu sembuh semula. Walau bagaimana pun Kuasa Tertentu, jika ia memikirkan perlu, boleh mengarahkan pegawai tersebut diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

(c) Tidak ada cuti-cuti lagi yang boleh diberi setelah cuti-cuti yang diberi di (a) itu dihabiskan melainkan jikalau Kuasa Tertentu atas budibicaranya sendiri dan selepas menimbangkan apa-apa perakuan sesebuah Lembaga Perubatan dan juga setelah meneliti kes tiap-tiap
hal itu, berasa bahawa cuti tambahan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji boleh diberi lagi.

Penyakit berbalik.(33).
32. Seseorang pegawai yang penyakit tibinya atau penyakit kustanya atau penyakit barahnya berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 11 pada bila-bila masa, tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah-faedah cuti itu sepenuhnya. Walau bagaimanapun ia hendaklah diberi sebarang baki faedah cuti yang ada lagi baginya dan ia hendaklah diberi rawatan percurna terus menerus termasuk pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan. Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai setelah menghabiskan apa-apa baki cuti di bawah Perintah Am 31 akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu mengikut budibicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah Lembaga Perubatan. Cuti-cuti ini boleh dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji mengikut pertimbangan Kuasa Tertentu.

Pegawai mendapat penyakit diluar Malaysia.(34).
33. (a) Seseorang pegawai yang didapati mengidap penyakit tibi, kusta atau barah semasa sedang bercuti di luar Malaysia akan diberi cuti- cuti seperti di Perintah Am 31 dengan syarat ia memenuhi peraturan peraturan dalam Perintah Am 20.

(b) Seseorang pegawai di (a) yang sedang bercuti tanpa gaji tidak akan berkelayakan mendapat elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b).

IV. CUTI HAJI

Cuti haji sekali sahaja.(36)
34. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada pegawai-pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah bagi satu jangka masa yang diperlukan untuk menunaikan amalan tersebut tetapi tidak melebih 6 bulan. Masa yang diambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

Syarat-syaratcuti.
35. (a) Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun.

(b) Seseorang pegawai yang telah diberi cuti haji akan dianggap sebagai telah menggunakan sernua cuti rehatnya yang telah terkumpul sebelum ia pergi haji itu.

V. CUTI KERANA BERKURSUS

Cuti berkursus.(47).
36. Seseorang pegawai yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui samada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan samada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut:

(i) bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu;
(ii) bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan
(iii) bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleb urusan-urusan perjalanan tempatan.

Cuti akademi menghabiskan cuti rehat.
37. (a) Sebarang tempoh dalam masa kursus yang kurang daripada 12 bulan yang pegawai bercuti akademi atau penggal akan di tolak dari apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. Sekiranya jumlah cuti akademi atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas menamati kursus itu kelak.

(b) Seseorang pegawai yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu.

Cuti rehat selepas kursus 12 bulan
38. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti rehat tidak melebehi 14 hari kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari cuti rehat yang ia akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula.

VI. CUTI TIDAK BEREKOD

Cuti perayaan
39. Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai boleh diberi oleh Ketua Jabatannya cuti perayaan yang tidak melebihi 5 hari dalam sesuatu tahun bagi menyambut perayaan-perayaan bercorak ugama atau adat mengikut ugama atau adat masing-masing. Cuti perayaan ini tidak boleh diambil lebih daripada sehari pada satu-satu perayaan. Hari-hari yang diluluskan untuk cuti perayaan adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

Cuti gantian
40. Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.

Cuti latihan pasukan sukarela
41 . Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran A boleh diberi cuti tidak berekod oleh Ketua Jabatannya selama tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak dari cuti rehat pegawai. Sekiranya, pegawai tiada mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hendaklah diperolehi.

Cuti hadir latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan
42. (a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan di Lampiran B atau lain-lain pertubuhan atau persatuan yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa, boleh dibenarkan cuti tidak berekod tidak melebihi 14 hari bagi menghadiri kursus latihan atau khemah tahunan pertubuhan atau persatuan tersebut yang diadakan dalam Malaysia. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan pergi ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada di atas akan dipotong dari cuti rehat pegawai dan sekiranya ini telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji.

Cuti lain-lain kursus
(b) Kemudahan cuti yang sama boleh juga diberi kepada pegawai- pegawai yang menghadiri kursus-kursus di Sekolah Latihan Semangat, Latihan Pimpinan Belia di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.

(c) Cuti-cuti di (a) dan (b) akan diluluskan mengikut budibicara Ketua Jabatan, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Kuasa meluluskan latihan seberang laut.
(d) Bagi kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di seberang laut, kuasa yang boleh meluluskan cuti tidak berekod ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama.
43. (a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah membuat akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-bila masa dalam masa 2 tahun selepas kursus itu iaitu sekiranya ia dijemput atau dilantik ke sebarang jawatan, boleh diberi cuti tidak berekod tidak melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus kerjasama di Maktab Kerjasama. Pemberian cuti ini adalah atas budibicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

(b) Ketua Jabatan juga boleh, mengikut budicaranya, meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk menghadiri sebarang kursus latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama.

Cuti untuk masuk peperiksaan.
44. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budicaranya sendiri untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan. Cuti ini hendaklah dihadkan kepada masa yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.

Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
45. Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka. Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agong Luarbiasa sahaja.

Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan
46. (a) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan olahraga atau sukan di peringkat negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti tidak berekod bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut sahaja tetapi tidak melebihi 30 hari. Cuti itu akan diberi di atas budicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada ini akan ditimbangkan oleh Ketua Setiausaha Negara mengikut budicaranya sendiri.

Ahli majlis/jawatankuasa pertandingan
(b) Pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa pertandingan negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti seperti dan mengikut syarat-syarat di (a) bagi tujuan menghadiri mesyuarat Majlis atau Jawatankuasa tersebut yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan.

Cuti tugas khas perubatan.
47. (a) Pegawai-pagawai yang menjalankan tugas-tugas tertentu perubatan seperti yang disebutkan di (c) boleh diberi cuti tugas khas perubatan oleh Ketua Jabatan mereka sebanyak 14 hari dalam satu -satu tahun. Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas khas
perubatan kurang daripada satu tahun, kelayakannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan dalam menjalankan tugas khas itu.

(b) Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan dan hendaklah diambil dalam tahun yang ianya diperolehi.
(c) Pegawai-pegawai berikut adalah layak mendapat cuti tugas khas perubatan ini, iaitu;
Pegawaiyang ber-kelayakan.
(i) pegawai-pagawai yang menjalankan tugas X-Ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-Ray;
(ii) pegawai-pegawai di pusat-pusat perubatan tertentu dimana jenis-jenis tugas yang dijalankan adalah berbahaya atau tidak digemari. Pusat-pusat perubatan ini hendaklah seperti yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN DUA : KELAS B
(1) PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DI SEKOLAH

Tafsiran
48. (a) "Guru" dalam dan bagi maksud bab ini sahaja bermakna seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah.
(b) "Sekolah" termasuk juga maktab.
(c) Guru-guru akan layak mendapat cuti-cuti seperti yang dibekalkan atau dibolehkan dalam bahagian ini sahaja.

CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

Tiada cuti rehat

49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah Am 7 hingga Perintah Am 12.

Cuti penggal sekolah boleh dipanggil bertugas
50. (a) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu.

(b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (ix).

Cuti separuh gaji
51. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja:

(i) sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F);
(ii) sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada guru itu; dan
(iii) kerana membuat lawatan-sambil-belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

(b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah itu tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti separuh gaji sedemikian boleh digunakan untuk menyambong cuti separuh gaji itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

(c) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-dua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang bersambungan.

(d) Walau apapun perbekalan di (a), Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji di bawah (a) (ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.

Cuti tanpa gaji.
52. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam Perintah Am 14 dengan syarat bahawa sebarang cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

CUTI ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN

Mendapat faedah yang sama dengan Kelas A.(58).
53. Kecuali bagi perbekalan Perintah Am 19 guru-guru akan berkelayakan mendapat semua faedah-faedah bercuti atas sebab-sebab kesihatan seperti dalam Perintah Am 15 hingga Perintah Am 33 dengan pengubahsuaian seperti berikut dan seperti dalam Perintah Am 54:
(i) sebarang tempoh cuti sakit (Perintah Am 17) tidak akan dibezakan bagi masa dalam cuti penggal sekolah.
(ii) dimana dalam Perintah Am 17 (b), Perintah Am 22 (a) dan Perintah Am 31 (a) (ii) seseorang pegawai dalam Kelas A boleh diberi semua cuti rehat yang ia berkelayakan, maka seseorang guru akan dianggap sebagai berkelayakan mendapat cuti tambahan sebanyak 25 hari lagi bagi maksud Perintah-perintah Am tersebut.
(iii) untuk maksud Perintah Am 20 tentang cuti rehat yang dihabiskan di luar Malaysia hendaklah dibaca bagi tujuan cuti guru- guru sebagai meliputi semua cuti separuh gaji atau campuran cuti bergaji penuh dengan cuti separuh gaji yang dihabiskan diluar Malaysia.

Cuti bersalin.
54. Guru-guru wanita akan berkelayakan mendapat cuti bersalin seperti yang dibekalkan dalam Perintah-perintah Am 25 dan 26 tertakluk kepada syarat-syarat bahawa bagi persalinan yang keempat dan seterusnya, guru-guru wanita akan diberi cuti-cuti yang berikut:
(i) cuti bergaji penuh semasa dalam cuti penggal sekolah,
(ii) cuti separuh gaji bagi masa selama 14 hari di dalam penggal sekolah;
(iii) cuti tanpa gaji bagi masa yang lebih daripada di (i) dan/atau
(ii) tetapi tidak melebihi 42 hari bagi tiap-tiap kali bersalin. Bagi sakit yang melebihi masa pemulihan biasa selama 42 hari itu, guru-guru wanita boleh diberi cuti sakit atau lain-lain cuti atas sebab-sebab perubatan seperti biasa.

CUTI HAJI
55. Seseorang guru akan berkelayakan mendapat cuti haji mengikut syarat-syarat seperti dalam Perintah-perintah Am 34 dan 35.Tempoh cuti haji ini akan dianggap sebagai bersambung jika jatuh pada penggal sekolah dan cuti penggal sekolah.


CUTI KERANA BERKURSUS
56. Guru-guru yang dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk cuti mengikuti kursus latihan atau pengajian yang diakui akan berkelayakan mendapat segala faedah-faedah yang diperbekalkan dalarn Perintah Am 36, 37 dan 38.

CUTI TIDAK BEREKOD
57. Guru-guru boleh diberi cuti tidak berekod seperti yang dibekalkan di dalam Perintah Am 39 dan Perintah-perintah Am 41, 42, 43, 44, 45 dan 46.

(2) PEGAWAI-PEGAWAI PENJARA

Taksiran
58. (a) Bagi maksud perbekalan-perbekalan dalam bahagian ini sahaja pegawai-pegawai Penjara adalah:

(i) Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas-
Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa, dan Ketua Metren.
(ii) Kumpulan Perkeranian dan Teknik-
Pegawai Besar, Metren, Ketua Besar Pegawai Penjara, Ketua Pegawai Penjara, Pegawai Penjara Kanan, Pegawai Penjara dan Penolong Metren.

(b) Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti-cuti seperti yang diperbekalkan atau dibolehkan dalam bahagian ini sahaja.

Kuasa melulus cuti

59. (a) Kuasa yang boleh meluluskan sernua cuti yang dibekalkan atau Kuasa melulus dibolehkan dalarn bahagian ini ialah Ketua Pengarah Penjara. Dia boleh menurunkan kuasa ini kepada Timbalan Ketua Pengarah Penjara, Pengarah atau Penguasa Kanan Penjara.
Kuasa meluluscuti.(65).
(b) Semua permohonan cuti melainkan cuti sambilan dan cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan hendaklah dibuat 3 bulan sebelum seseorang pegawai itu akan bercuti.

Kelulusan cuti tidak melebihi 15 peratus

(c) Kelulusan cuti adalah tertakluk kepada perbekalan bahawa pada satu-satu masa tidak lebih daripada 15 peratus sahaja pegawai-pegawai penjara disesebuah Penjara yang boleh bercuti.

Kadar cuti rehat

60. (a) Semua pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 28 hari bagi tiap-tiap-satu tahun genap perkhidmatan yang melayakkan dengan tidak mengira berapa panjang jumlah perkhidmatan seseorang pegawai itu atau apa Kumpulannya.

Pengumpulan cuti rehat.(69).
(b) Cuti rehat ini boleh dikumpulkan tidak melebihi jumlah cuti rehat bagi masa 3 tahun yang berturut-turut. Pengumpulan yang lebih daripada ini, tetapi tidak melebihi jumlah cuti rehat bagi 4 tahun berturut-turut, hanya boleh diluluskan oleh Ketua Pengarah Penjara jika pegawai itu telah tidak dapat dibenarkan mengambil cuti rehat yang dikumpulkannya itu atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan.

Syarat pemberian cuti rehat.(69).
61. (a) Cuti-cuti rehat di Perintah Am 60 tidak boleh diambil kurang daripada 28 hari pada sesuatu masa.

Mesti berkhidmat satu tahun.(69).
(b) Cuti-cuti rehat ini tidak boleh diluluskan kepada seseorang pegawai Penjara yang baru berkhidmat sehingga ia telah genap berkhidmat selama 1 tahun.

Cuti rehat sebelum bersara.
62. Seseorang pegawal Penjara boleh mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum bersara.

Cuti separuh gaji.(66).
63. Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti separuh gaji mengikut perbekalan-perbekalan dalam Perintah Am 13.

Cuti atas sebab-sebab perubatan.(66).
64. Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat semua cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan seperti yang dibekalkan dalam Perintah Am 15 hingga Perintah Am 33.

Cuti haji.
65. Pegawai-pegawai Penjara yang berugama Islam akan berkelayakan untuk ditimbangkan cuti haji atas syarat-syarat yang sama seperti dalam Perintah-perintah Am 34 dan 35.

Cuti berkursus.(66).
66. Pegawai-pegawai Penjara yang dipilih atau dibenarkan mengikuti kursus latihan yang diakui akan layak mendapat faedah dan syarat percutian seperti dalam Perintah-perintah Am 36, 37 dan 38.

Cuti sambilan.(69).
67. Disamping cuti-cuti lain yang dibekalkan dalam bahagian ini, seseorang pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti sambilan sebanyak 14 hari dalam satu-satu tahun untuk bercuti di Malaysia. Cuti sambilan ini tidak boleh dikumpulkan dan akan Iuput bila tidak diambil dalam tahun yang berkenaan. Cuti ini tidak boleh diambil dalam masa 3 bulan sebelum seseorang pegawai itu pergi bercuti rehat atau dalam tempoh 6 bulan selepas seseorang itu balek daripada bercuti rehat. Dimana seseorang pegawai itu tidak mempunyai genap tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam satu-satu tahun itu, maka kelayakan cutinya adalah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakan itu sahaja.

Cuti tidak berekod.
68. Pegawai-pegawai Penjara boleh diluluskan cuti tidak berekod mengikut Perintah-perintah Am 43 dan 46.

LAMPIRAN: (Rujukan)

PASUKAN-PASUKAN SUKARELA
(P.A. 41)
1. Askar Wataniah.
2. Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja.
3. Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja.
4. Simpanan Sukarela Polis.
5. Pertahanan Awam.


MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH TAHUNAN
(P.A. 42)
1. Kedet Laut.
2. Pasukan Kedet Persekutuan.
3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan.
4. Pertubuhan Pengakap.
5. Pertubuhan Pandu Putri.
6. Briged Budak Lelaki.
7. Briged Budak Perempuan.
8. Ambulan St. John.
9. Palang Merah.

Tiada ulasan: